Mandi keris, tradisi semakin dilupakan

Dublin Core

Title

Mandi keris, tradisi semakin dilupakan

Description

Pada zaman dahulu fungsi keris bukan hanya sebagai senjata tetapi ianya dijadikan sebagai simbol utusan kerajaan, lambang darjat, pangkat kepada pemiliknya sehingga ada upacara khas untuk memandikan keris yang dilakukan orang tertentu yang digelar “Empu keris”.

Empu keris (Tukang mandikan keris), Sheikh Abdul Sani Sheikh Hashim, 55 berkata masyarakat dahulu lebih menghargai keris sehingga ianya dianggap sebagai khazanah berharga, ianya dijaga dengan baik dan dimandikan mengikut adat serta pantang larangnya, namum hari ini orang ramai tidak lagi menjaga keris dan hanya membiarkanya tergantung di dinding rumah.

Creator

Bernama

Source

Bernama (7 November 2019). Mandi keris, tradisi semakin dilupakan. FMT Media Sdn Bhd. https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/07/mandi-keris-tradisi-semakin-dilupakan/

Publisher

FMT Media Sdn Bhd.

Date

7 November 2019

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Sheikh Abdul Sani berkata masyarakat hari ini memandang mudah dalam melakukan acara mandikan keris dengan mengunakan bahan asas dan kadang-kala tidak bersesuaian dengan keris tertentu.

Beliau yang juga pengumpul senjata tradisional Melayu berkata bahan yang digunakan untuk mandikan keris berbeza mengikut campuran besi yang diguna untuk membuat keris tersebut, adat mandikan keris yang dibuat daripada lebih tujuh jenis besi adalah lebih rumit berbanding dengan keris biasa.

Katanya terdapat empat peringkat mandikan keris iaitu peringkat pertama adalah acara mandikan bagi membuang kotoran, karat dan bisa dengan merendam keris tersebut dalam tempoh tertentu dalam bekas berisi samada air kelapa, air nenas, asam jawa, air kapur dan sebangainya.