About

سلام سجهترا & ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Projek Penghasilan Pangkalan Data Bibliografi Keris Melayu Nusantara ini adalah salah satu projek khas yang dilaksanakan oleh saya dalam memenuhi keperluan tugasan latihan industri bertempat di Perpustakaan Universiti Malaya terutamanya di Perpustakaan Pengajian Melayu , Akademi Pengajian Melayu (APM), UM.

Sasaran: Pelajar Akademi Pengajian Melayu, Pengkaji, Pensyarah serta pengunjung perpustakaan.

Objektif Utama:

  • Menyediakan anotasi sumber bibliografi dalam bidang subjek Keris Melayu Nusantara.
  • Memperluaskan sumber dalam bidang subjek Keris Melayu Nusantara.
  • Meyajikan sumber rujukan secara maya dan digital bagi carian bahan dalam bidang subjek Keris Melayu Nusantara.

ڤڠهرڬاءن

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmatNya yang telah diberikan dapat saya laksanakan dengan sepenuhnya dengan baik serta jayanya.

Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pegawai saya, Encik Haslan Tamjehi atas tunjuk ajar serta bimbingan dalam memberi ruang dan peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya serta memberikan kepercayaan dan dorongan dalam menerokai sistem yang bukan dalam zon selesa serta baru buat saya.

Saya juga ingin berterima kasih kepada penyelia institusi dari UiTM Puncak Perdana, Puan Suriana Che Daud yang menjadi sebahagian dalam melancarkan kerja-kerja pembangunan projek khas ini.

Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa serta keluarga saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan projek khas ini.

Tidak dilupkan juga kepada rakan seperjuangan saya, Nurul Asyikin binti Syamsul Kamal serta 2 pembantu pustakawan ; Encik Jasny dan Encik Anuar yang berperanan sebagai pemudahcara dalam menghabiskan projek ini.

Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang penghasilan projek khas ini.

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ