Dublin Core
Title
Simbol kebesaran daulat, mahkota dan keris dalam hikayat hang tuah
Description
Kertas ini membincangkan tentang pengguna simbol daulat, mahkota dan keris yang digunakan dalam penulisan Hikayat Hang Tuah. Kajian menggunakan kaedah analisis kandungan yang memberi tumpuan kepada pembacaan dan kajian individual dan pembacaan teliti. Konsep daulat, mahkota dan keris menjadi fokus kajian ini merujuk kepada pembacaanterhadap teks Hikayat Hang Tuah dan melihat bagaimana konsep-konsep tersebut boleh dijadikan simbol dalam memperlihatkan hubungan kebesaran raja pada zaman kesultanan Melaka dalam aspek penceritaan hikayat. Analisis konsep dihuraikan dengan menggunakan teori semiotik yang dibawa oleh Peirce (1965).
Creator
Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali
Salinah Jaafar
Source
http://journalarticle.ukm.my/8560/
Publisher
Jurnal Melayu
Date
Disember 2013
Contributor
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
Kesultanan Melayu merupakan satu identiti penting bagi masyarakat Melayu tradisional. Taat dan setia kepada raja sudah bertapak kukuh dalam jiwa dan kehidupan seharian mereka. Persepsi kesetiaan masyarakat Melayu tradisional terhadap raja atau sultan jelas dapat dilihat dalam karya-karya sastera tradisional seperti Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, danlain-lain . Kebanyakan epik atau hikayat menceritakan tentang kebesaran sultan atau raja dan kesetiaan rakyat terhadap raja-raja Melayu. Walaupun terdapat gambaran berkenaan ketidakadilan yang dilakukan oleh raja-raja Melayu, persepsi ketuanan raja dalam masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan daripada amalan kehidupan mereka. Kajian ini berfokus kepada analisis simbol daulat, mahkota dan keris yang dilihat dapat menjadi ikon, simbol dan indeks bagi masyarakat Melayu tradisional dalam persepsi mereka melihat dan berkhidmat kepada raja yang menjadi ketua pentadbiran dan ketua agama yang terkandung dalam teks Hikayat Hang Tuah.
