Dublin Core
Title
Pelajar sekolah belajar buat keris di muzium
Description
Keris cukup sinonim dengan orang Melayu. Mengikut sejarah lisan dari Kelantan, keris bermaksud Keramat, Rahsia, Yang Satu.
Kini, banyak pihak rancak mengembalikan semula kenali keris dari segi usia, asal-usul, jenis, rekaan, pembuatan, hadiah, ritual atau fungsi sebagai senjata melalui pelbagai program dengan cara masing-masing.
Jika sebelum ini, Melaka menganjurkan Festival Keris Antarabangsa Melaka (FKAM) 2022 secara besar-besaran, di Perkampungan Hang Tuah, Duyong, mempamerkan 1,000 keris.
Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) pula menampilkan 94 keris termasuk 59 bilah keris koleksi peribadi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta artifak pada Pameran Keris : Kuasa dan Jati Diri di Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM), di sini sejak Disember 2022 hingga 13 Mac.
Pengurus Bahagian Pendidikan IAMM, Nailah Ahmad Faiz berkata, banyak sekolah termasuk di peringkat antarabangsa mengadakan lawatan sambil belajar di bangunan tiga tingkat itu sepanjang pameran berlangsung.

Creator
Tun Puteh Wanti
Source
Tun Puteh Wanti (2023). Pelajar sekolah belajar buat keris di muzium. Media Variasi. https://mediavariasi.com/2023/01/pelajar-sekolah-belajar-buat-keris-di-muzim/
Publisher
Media Variasi
Identifier
nfdbf
Text Item Type Metadata
Text
“Menerusi pameran ini, pelajar sekolah didedahkan cara pembuatan keris dari A hingga Z agar mereka menghargai nilai warisan sejarah. Di IAMM, kami mendedahkan mereka dengan kehebatan Dunia Alam Melayu kepada anak muda, yang menjadi sebahagian pengetahuan dalam pendidikan sejarah di alam sekolah.
Selain mengenal keris dipamerkan, ada aktiviti interaktif yang mereka boleh buat seperti, suai padan bilah dan sarung keris, mencari asal usia keris dan dicatat pada kertas khas, mencari klu keris yang hilang untuk sultan melalui Pengembaraan Hang Nadim.
Selain itu, kita juga menggalakkan mereka mengenal jawi dengan menulis surat dalam tulisan jawi, selain menyambung ratusan gelang getah membentuk keris dan bilah serta bergambar dengan pemakaian tanjak dan keris,” kata Pengurus Bahagian Pendidikan IAMM, Nailah Ahmad Faiz ketika ditemui pada program Hari Keris, di IAMM.