Aplikasi seni khat dan jawi dalam keris: Kajian terhadap keris-keris melayu di nusantara

Dublin Core

Title

Aplikasi seni khat dan jawi dalam keris: Kajian terhadap keris-keris melayu di nusantara

Description

Objektif kajian ini ingin mengangkat peranan seni khat dan Jawi yang digunakan dalam keris Melayu di Nusantara dengan memiliki ciri tersendiri sebagai gambaran artistik diekspresi melalui budaya, adat, lingkungan dan persekitaran masyarakatnya sebagai wasilah pelestarian seni warisan. Dapatan kajian diharapkan dapat memaparkan analisis dan kajian mendalam mengenai penerapan seni khat dan Jawi dalam pelbagai keris Melayu di Nusantara amnya dan di Indonesia serta Malaysia khasnya sebagai warisan anak bangsa pengungkap khazanah dan warisan bangsa, budaya, agama dan negara.

Creator

Makmur Haji Harun
Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz

Source

Makmur Haji Harun, & Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz (2018). Aplikasi seni khat dan jawi dalam keris: Kajian terhadap keris-keris melayu di nusantara. Muzium Kesenian Islam Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/328017201_APLIKASI_SENI_KHAT_DAN_JAWI_DALAM_KERIS_Kajian_Terhadap_Keris-keris_Melayu_di_Nusantara

Publisher

Muzium Kesenian Islam Malaysia

Date

2018

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Wujudnya hiasan tulisan Jawi dalam keris pada asalnya tulisan ini dipanggil Yawi di Pattani, Jawi di semenanjung Malaysia dan Brunei Darussalam selain dikenal Arab Melayu pula di Indonesia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu. Tulisan Jawi dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia dan di wilayah-wilayah lain di Asia Tenggara. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti peranannya oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan jajahan diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Suluh di Filipina, Pattani di Thailand Selatan, Kelantan di Malaysia dan beberapa kawasan penempatan Melayu di Indonesia.

Peranan keris yang sering menjadi lambang kekuatan, kedaulatan, keperkasaan dan keagungan sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu. Keris juga adalah lambang kepada ketamadunan sesuatu bangsa dimana tersirat falsafah, nilai estetika dan kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan senjata sakti tersebut. Ia juga turut menjadi pelengkap kepada pakaian adat istiadat orang-orang Melayu sejak dahulu sehingga kini. Keris juga merupakan artifak dalam budaya masyarakat Melayu dalam menganjurkan pelbagai rahsia dan falsafah yang berkaitan dengan pembuatan dan penempaannya. Keunikan yang ada pada keris menampilkan ciri-ciri kekuatan, kehebatan, kemuliaan, kegerunan dan kemistikan semakin lengkap setelah dilengkapi dengan tulisan pelbagai ayat, hadis dan doa yang ditulis dan diukir menggunakan tulisan Jawi dalam beragam jenis dan bentuk khatnya yang pebagai.