Keris long leh - terbang mencari waris

Dublin Core

Title

Keris long leh - terbang mencari waris

Description

Novel KERIS LONG LEH mengisahkanAminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel.

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?

Creator

Syauqie MK

Source

MK, Syauqie. (2018). Keris long leh - terbang mencari waris. GALERI ILMU

Publisher

GALERI ILMU

Date

2018

Identifier

nfdbf

Text Item Type Metadata

Text

Siapakah waris sebenar, waris yang layak memiliki keris pusaka berlok lima ini? Kenapa Aminuddin berani cari pasal menyimpan keris yang mempunyai pantang larang? Kenapa Pak Long sendiri tidak menghalang entiti yang cuba menguasai jiwa yang lemah? Benarkah keris ini memilih sendiri warisnya, harus diserah secara rela atau senjata ini akan menjadi tawar? Hilang keampuhannya.