Keris umumnya digunakan untuk mempertahankan diri dan mulanya digunakan sebagai alat kebesaran diraja. Keris yang paling masyhur pada masyarakat Melayu ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang termasyhur.
Dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia, keris mewarisi identiti khas Jawa boleh selalunya dijumpai di negeri Johor, Selangor, Terengganu dan Kelantan, sedangkan di Negeri Sembilan keris lebih sering dihubungkan dengan budaya Minang yang juga mempunyai riwayat pertalian sejarah dengan Jawa.
Credits
nfdbf
